Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Wan Azizah Patut Letak Jawatan.

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang. 
Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini. 
Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak. 
Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.  Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN. 
Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN. 
Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka. 
PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.  Branding rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan.
Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.
Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.

Petikan Utusan.

Aku dah lama memerhatikan mamat neh. Ini pendapat ikhlas aku.

1. Aku tidak mengemarikan sikap dan pendirian dia. 

2. Ada yang bagitau, Fareez ialah alat Azmin Ali untuk hancurkan kredibliti Anwar Ibrahim dalam PKR. Menambahkan persepsi negatif terhadap Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah disebabkan mamat neh asyik serang 3 orang neh secara konsisten.

3. Aku cakap, no. Spekulasi mungkin. Tetapi nak cakap ia memang fakta aku payah nak tuduh2 melainkan ko bawa bukti la. 

4. Kadang2 ia boleh juga jadi seolah2 dia sengaja menonjolkan dia ialah orang Azmin tapi tah2 dia sebenarnya bukan pro mana2 pemimpin PKR pun. Just nak melaga2kan. Macam2 kemungkin boleh wujud dan timbul disini beb.

5. So bagi memastikan seme benda2 bodoh  yang terkeluar dari mulut mamat neh tiada kaitan dengan PKR, buat la sesuatu.

6. Penafian tak cukup.

7. Pastikan dia dikeluarkan dari PARTI sebab menyusahkan parti korang. Kalau dia non partisan cakap apa pun orang tak heran. Kena gelak lagi la ada. Sapa ko hah? HAHAHAHAHA. Kelakar tau.

8. Bukan la bermaksud tak boleh kritik pimpinan langsung. Kritik la, tapi biarlah benda tue berasas. Neh ko kritik Wan Azizah, ko naikkan Azmin. Ko nak orang fikir apa? Nak laga2kan antara dua pemimpin? Ataupun nak laga2kan antara dua kumpulan penyokong?

9. Secara logiknya, kalau nak fikir, PKR dan PR itu sendiri menang ketika Wan Azizah jadi Presiden dan ketika Azmin Ali jadi pengerusi PKR Selangor. So apa masalahnya? Kenapa tidak beranggapan gabungan Presiden Parti Pusat dan Presiden Parti Negeri menyebabkan kemenangan di Selangor? Kenapa mesti nak fikir ia adalah usaha satu pihak dan bukan usaha semua pihak yang terlibat? Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan neh? 

10. Dah menang disuruh letak jawatan. Kepala bana apa.  

11. Sedar tak sedar mamat neh telah menyebabkan persepsi negatif secara berlebihan terhadap Azmin Ali berbanding Wan Azizah. Sebab asyik jaja nama Azmin Ali jek. Nak buat apa2 ko kait nama Azmin Ali. Lepas tue heret nama Zuraidah. Orang yang baca pun jadi meluat.

12. Dicadangkan PKR jangan bagi muka kat mamat neh. Tue jek aku nak cakap. Terpulang la korang nak fikir macam mana.

Sekian. Bai.
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...