Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Gambar Anwar Bergelak Ketawa Dengan Najib Jadi Kemarahan Penyokong Pakatan Rakyat..

Percaya tak gambar tersebut ada impaknya tersendiri? Ya. Memang ada. Hari neh salah satu akhbar english petik gambar tue dan paparkan kat paper.

Rujuk bawah neh ;



Gambar di atas ada simbolik tersendiri. Lain orang lain pendapat mereka. Tetapi ada yang memberikan komen berbaur sindiran.

Penyokong kedua2 kumpulan bagai nak rak bergaduh sana sini, ketua boleh rilex2 atas kerusi gelak besar.

Antara sindiran yang hinggap.

Itu belum masuk gambar kat bawah neh ;



Aksi Najib gelak besar selepas mendengar kata2 DSAI amatlah menyakitkan ahti sesetengah penyokong pakatan rakyat. Bukan semua yang sakit ahti tapi ada la yang meluahkan komen2 berbaur sindiran untuk meluahkan rasa.

Adakah sebenarnya kita tidak boleh berkawan dengan orang BN? Jika ya, maka aku menolak pendapat neh sekeras kerasnya. Aku sendiri berkawan dengan orang2 BN. Bersepah. Ramai. Bahkan ada yang akrab. Masih kekal akrab dan terus bercadang mahu membina perhubungan baru dengan mereka2 yang sokong BN.

Maaf. Itu memang idelogi aku dari dulu sampai sekarang. Aku tak pilih kawan berdasarkan pendapat dalam politik. Bagi aku itu bullshit. Gaduh macam mana gaduh sekalipun dalam politik, akhirnya kami akan berlapang dada dalam hal yang lain. Simple.

Sekarang neh isu gambar DSAI dan Najib jadi bahan sindiran dan ejekan kepada penyokong2 PR. Yang orang2 BN kemain lagi bakar line. Konon nya nak bagi kita semua panas ahti.

BOHONG!

Bohong kalau aku kata gambar kat atas neh aku tak rasa tercuit. Tapi apa sebab aku beria2 nak terasa tercuit neh? Adakah kerana makan bersama Najib? Duduk dalam satu meja yang sama? Bergambar depan kamera? Atau apa?

Biar aku jelaskan salah faham neh. Aku berbeza dengan apa yang diluahkan oleh blogger cenagau kat sini ==> http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.html

Aku tak la nak kata Anwar munafik. Aku pun tak la nak tiru sikap sesetengah penyokong PAS yang kata eley cuba kalau ini TGHH, LKS, mesti kena tiaw kaw2 punya. Mentang2 la ia DSAI korang beria2 bekap dia kan kan kan..

Aku memahami. Sebenarnya ia konsep yang mudah jek. Anwar berjuang dalam parlimen. Aktivis berjuang luar parlimen. Sebelum mereka masuk parlimen, rayuan sudah dizahirkan.

Rujuk video ;

   

Takpe. 

Biarpun sampai tahap macam neh sekalipun, aku masih mampu memahami. Macam aku dah sebut tadi. MP PR berjuang dalam parlimen. Yang tak dapat jadi MP lain pula corak dan cara perjuangan mereka, betul tak?

Lagipun, bukan kita kena tengok dalam skop kecik macam neh. Sebelum neh DSAI dalam penjara bertahun2. Kena fitnah lagi. Bersepah maki hamun. Beberapa pimpinan PR dah melalui macam2 kesukaran sebelum mencapai tahap yang mereka capai hari neh. Tak betul ke? 

Dah kalau semua jadi ahli parlimen, sapa pula nak jadi aktivis. Betul? Tetapi apa yang membuatkan kita sedikit terkilan dan kecewa ialah bilamana rakan2 kita dibantai di luar parlimen, sedikitnya prihatin yang diberikan oleh MP2 PR yang berada dalam parlimen tue.

Aku tak kata DSAI. Bila aku sebut MP2 PR, jangan diheran pada nama DSAI tue. Ia merujuk kepada MP2 PR la. Termasuklah DSAI. Ini kerana dia sebahagian dari label itu. Tetapi DSAI jadi highlight kat sini adalah disebabkan gambar2 yang tersebar tue. Gambar2 dia GELAK TAWA bersama Najib.

Apa la salahnya, selepas angkat sumpah [merujuk kepada semua MP PR] keluar sekejap beri perhatian apa yang berlaku di luar, betul tak? Kita tak kata MP2 PR kita neh ada bakat luar biasa yang tau2 jek ada hint owhh ada sesuatu sedang berlaku di luar sana.. no. Tapi kita minta faham. Pasal korang memang dah tahu rakan2 aktivis kita berada di luar sana. Keluar jenguk kepala macam Khalid Samad.. macam Tian Chua. Kalau la korang yang 89 MP PR tue jenguk keluar secara bergilir2 mungkin salah seorang dari korang akan bertembung dengan insiden pertempuran polis vs aktivis.

Ini tidur?

 
Dari ko tidur dan tak menyumbang apa2 pun dalam dewan baik ko keluar dan ber-ramah mesra dengan para aktivis lebih berfaedah.

Ya ya, paklah dulu tidur. Gambar Najib tidur pun ada. Teruskan buat perbandingan macam tue. Sebab itu la mentaliti orang2 macam korang neh. Kalau aku mencuri, aku kena bagitau ko hello ada orang yang merompak oke.

Sekarang aku bercium, dan aku akan bagitau ko hello dia berzina.

Itu cara yang betul ke? Itu perbandingan yang betul ke?

Atau lepas neh akan ada yang sound. Alah macam la ko tak pernah tidur dalam mesyuarat dan etc2 apa seme tue. Soalan tue kalau ko tanya pada aku, ya. Jawapan nya ya. Aku tak pernah tidur. Orang lain aku tatau. 

Dalam kelas aku tidur kalau aku sakit. Itupun dah minta izin cikgu. Kalau mengantuk aku keluar cuci muka. Ya, aku memang tak buat kerja2 begini, so kenapa? Tak boleh terima? Benda tak betul ia tetap tak betul walau apa pun hujah yang ko nak gunapakai untuk menangkan MP ko. Aku tak heran dan kesah pun. Pasal aku bukan ahli parti. Ia membebaskan aku untuk berfikir senada dengan korang semua. Yang mana perlu berfikir untuk kebaikan pemimpin dan parti first before kebaikan rakyat. 

Kita katakan la Zuraidah yang bersandar kepala itu [konon nya kamera trick untuk dia dikenakan oleh bn, hehe] sebenarnya tak tidur tapi mata terpejam sebab kamera trick [alasan yang digunapakai oleh totok] keluar sebentar melihat apa yang sedang berlaku di luar.

Mungkin masa tue korang akan nampak dan boleh tengok depan mata. Macam mana aktivis rakyat di layan oleh PDRM. Ya, kita tak sama taraf. Ia fakta. Dan aku dah belajar untuk terima sejak lama dulu bila bergiat dalam dunia politik neh. Buat la macam mana sekalipun. Kalau rakyat biasa yang kena cepuk, haram orang nak heran. Tapi kalau yang kena cepuk tue leader, ketua, pemimpin baru beria2 orang nak sokong bagai.

Mentaliti neh bukan salah pemimpin. Aku tak kata korang salah as leader. Jangan salah anggap. Tapi aku nak bagitau mentaliti neh memang wujud pada pengikut2 dan rakyat biasa. Hari neh kalau aku kena sepak dan teranjang ko ingat penyokong2 parti nak bantu aku? Ko ingat rakyat marhaen nak heran aku?

PERGI MAMPOS.

Ko sapa ek ameno? Aku kenal ko ke? Ko tahu tak situ apa? Pintu penjara ma. So sila la berehat dengan sepuas2nya selepas di bantai sebab sendiri yang cari nahas.

Macam tue la nilai aku.

Kalau yang kena cepuk tue pemimpin, berbaris orang akan jadi perisai untuk membekap mereka. Mereka ada nilai. Rakyat biasa macam aku takde nilai. Di dunia neh aku dinilai berdasarkan pangkat, harta, rupa, kekayaan, duit, status dan populariti. Malangnya aku takde satu apa pun yang disebut tadi. So boleh la jadi sampah. Benda yang takde nilai disisi sesiapa pun. Hanya sedikit jek yang mungkin simpati. Kutip sampah untuk dikitar semula. Tetapi sebahagian besar memilih untuk boh layan.

Seperti itulah yang berlaku pada aktivis2 rakyat pada petang semalam. 

Ada yang memperlekehkan mereka. Aku tak pasti kenapa mereka berbuat begitu. AKu tak jelas sangat dengan pendirian mereka. Tapi kalau mereka berbuat begitu kerana gambar2 DSAI dan Najib yang bergelak ketawa itu tersebar, aku cadangkan jangan. Jangan salah faham.

Takde sesiapa pun marah DSAI nak gelak2 dengan Najib.
Takde nya aktivis2 nak heran bab DSAI duduk semeja dengan Najib.

Mungkin penyokong partisan marah kita sebab dia ingat kita mempersoalkan protokol dalam parlimen yang membuatkan Najib dan DSAI kena duduk dalam satu meja yang sama. Mungkin mereka ingat kita tersindir dengan perbuatan DSAI yang duduk bergambar dengan Najib dan menganggap kita tak profesional. Atau mungkin mereka ingat kita terhiris dengan kata2 DSAI yang membuatkan Najib gelak besar.

Sebenarnya. Jangan salah faham. Kalau ia protokol, letak aku kat situ pun akan jadi protokol gak. Ia terpakai untuk semua pihak dan individu.

Kita tatau apa yang DSAI sebut pada Najib sampai dia gelak besar. Mungkin juga dia sebut ;

Oii Najib, ko tue kena buli dengan Rosmah jek aku dengar citer. Hehe. Apa dah jadi? Dah takde tuttt ke apa..

KAH KAH KAH kepala hotak kau la ANWAR. Ko tue yang kena buli dengan Azmin tak sedar diri pula. 

Mana kita tahu dorang sembang apa betul tak? So isu gambar2 tue bukan apa sangat. Ia terlalu remeh untuk kita anggap ia masalah besar. Yang kita tekankan dari mula ia keprihatinan jek. Di mana mereka ketika aktivis2 kita di bantai? Aktivis2 kita di bantai kerana mempertahankan hak dan keadilan untuk PAKATAN RAKYAT oke. 

Di mana mereka?

Mereka dalam parlimen. Mereka buat kerja ma. Ya la, memang kita faham. Tapi takan la keluar jengukkan kepala makan masa yang lama? Sukar dibuat?

Oke. Dalam satu hospital. Ko doktor. Aku tukang cuci. So hanya kerana ko doktor ko rasa tak patut untuk senyum kat tukang cuci macam aku atau apa?

Semua masing2 bawakan peranan masing2. Tak mungkinla semua kena jadi pemimpin untuk bawa aspirasi rakyat. Tak logik juga semua kena jadi aktivis berdemo untuk perjuangkan keadilan. Dalam aktivis pun ada pecahan tersendiri. Aku buat neh, ko buat tue, aku mainkan part aku yang neh, ko mainkan part ko yang tue.

Yang aku minta. Yang aku nampak apa yang aktivis2 neh harapkan ialah keprihatinan. Tak lebih tak kurang. Keluarkan kepala jenguk sekejap, bagi semangat dan sambung buat kerja. Ko lawan cara ko, aku lawan cara aku. Yang pastinya kita ada satu tali yang mengikat kita. Sama2 bagi semangat dan sama2 prihatin akan apa jua situasi yang sama2 hadapi. Pendek kata, kita bekerjasama.

Kalau dalam skop kecik yang macam neh pun ada yang tak faham2 gak, tak boleh la aku nak kata apa lagi. Lue fikirlah sendiri. Bai.
The 13 Coolest Things To Have Ever Happened Onboard AirAsia Flights

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...