Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ustaz Kazim Tidak Tahu Kenapa Dilantik Najib Ke MT UMNO.

Bayangkan.

Seseorang lantik ko ke dalam satu2 jawatan tapi tak bincang dulu dengan ko. Ko rasa logik tak? Bayangkan jika ia melibatkan satu jawapan yang menjadi pengetahuan umum. Lagi la ia meragukan jika seseorang yang lantik ko langsung tak bincang apa2 dengan ko. Tahu2 aje lantik ko ke dalam satu jawatan yang ko sendiri tak jelas apa bidang tugas dia. Korang rasa logik tak?

Kalau tanya aku siyes aku cakap tak logik. Kalau nak di ikutkan dari sidang media khas yang dibuat oleh UKE semalam aku dapat rumuskan beberapa perkara bersandarkan kepada kenyataan2 UKE sendiri.

1. UKE takut dengan persepsi masyarakat bila di umumkan dia menyertai UMNO.

2. Lebih2 lagi terus dilantik sebagai ahli MT.

3. UKE seolah2 risau dengan kata2 negatif yang dilemparkan terhadapnya.

4. UKE juga akui masih lagi ahli PAS. Belum pernah dipecat secara rasmi. UKE tak pernah keluar dari PARTI.

5. La. Yeke? Tapi selalu kutuk PAS dan PR kan? Hehe.

6. Sejujurnya aku kurang setuju dengan cara pemuda PAS Perak dedahkan info konon nya UKE masih lagi ahli PAS. Macam kemaruk pun ada. Dah orang tak sudi yang ko terhegeh2 dah kenapa? Dah tengok dia beralih angin kan? So pecat je la keahlian dia. Benda simple pun nak kecoh bagai. Berlambak2 lagi ahli parti PAS yang masih bersama PAS. Berjuang dari bawah. Tak heran bab nama dan kuasa. Hargai la yang itu. Yang sedia ada.

7. UKE neh pun aku tengok macam takut2 juga. Macam tak ikhlas bersama UMNO pun ada. Macam ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Lebih2 lagi bila tengok ada orang dok sebarkan konon nya UKE bersama UMNO atas sebab dana dan pangkat. Entahla. Betul ke? Fitnah? Tapi si pendedah rahsia ambik risiko besar hebahkan di wall facebook. Takan dia tak takut UKE saman dia?

8. Kalau betul memang sah perwatakkan UKE seperti manusia yang ada banyak muka. Di ceramah lain peel. Di depan orang lain peelnya. Di depan pemimpin lain peelnya. Orang macam neh selalunya menakutkan. Aku pun was2 nak percaya sebab selalu dengar ceramah UKE. Yang baik aku amek. Yang tak bermanfaat aku tolak ke tepi. Tapi kalau betul wang dan kuasa menjadi matlamat UKE aku rasa masih belum terlewat untuk UKE refuse perlantikkan tersebut. Walaupun kurang bersetuju tetapi nampaknya masih ada rakan2 kita dari PAS sayangkan UKE.

Sejujurnya dah lama aku nampak wajah UMNO UKE. UKE tak perlu jadi ahli UMNO untuk pro UMNO pun. Cukupla dengan memperlekehkan PR dan mengangkat UMNO secara berlebihan. So bukan benda pelik jika dia memilih untuk masuk UMNO. Bahkan lebih senang kita nak bidas dia dengan mengaitkan hujah2 kepolitikkan dia adalah berdasarkan sentimen UMNO dia. Jika hujah2 dia bangang la. Kalau betul takde hal. Tapi setakat yang aku tengok memang hujah2 politik dia BANGANG pun.

KAH KAH KAH









8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...