Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Anwar Sah Bertanding - Aku Sah Boikot PRK Dun Kajang - Dengar Dulu Penjelasan Sebelum Mengamok!

Aku relax aje semalam. Tak ulas apa2 berkenaan isu neh di blog. Sebab utama. Nak bagi laluan kepada PKR untuk keluarkan kenyataan rasmi. Mula2 ada ura2 tersebar yang DSAI akan mengantikan jawatan MB di Selangor.

Anwar Ibrahim menafikan. 

Kemudian. Ada pula wakil rakyat di Kajang berhenti. Punca utama dia berhenti kerana dia menghormati kesepakatan pakatan rakyat. Aku pun tak faham sangat alasan tue. Tapi buat2 faham sudah la.


Dan sebentar tadi Anwar Ibrahim sahkan bahawa dia akan bertanding di dun Kajang. Maka ia menguatkan lagi dakwaan Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor mengantikan Khalid. Andai Anwar mahu gantikan Khalid, aku tak setuju.

Kenapa rakyat Selangor memangkah PR di Selangor adalah bertitik tolak dari cara pentadbiran Khalid Ibrahim yang lebih berintergriti.

Jadi, Khalid Ibrahim itu sendiri, adalah punca utama kenapa PR menang besar di Selangor. Ia adalah mesej yang jelas terbukti bahawa rakyat Selangor mahukan Khalid. Namun aku tak menafikan pula bahawa peranan semua pihak membantu kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor. Baik wakil2 rakyat yang buat kerja dengan telus dan amanah, baik pekerja2 wakil rakyat yang sentiasa mengambil tahu masalah rakyat, baik pemimpin2 tertinggi parti PKR, DAP dan PAS yang sentiasa bekerjasama dan aturkan pelbagai jenis program, forum dan wujudkan beberapa skim mesra rakyat untuk memastikan kebajikan rakyat Selangor terbela. Pendek kata semua yang memainkan peranan mereka sebaik2nya membantu kepada kemenangan pakatan rakyat di Selangor. Semua ada sumbangan masing2 walaupun berbeza2 cara sumbangan mereka samada kecil, besar, sederhana atau apa dan sebagainya.

Jika pertandingan ini adalah untuk menamatkan konflik rampasan jawatan Khalid Ibrahim oleh Azmin maka aku sangatlah tidak bersetuju. Aku sejujurnya taknak amek port langsung apa2 yang berlaku dalam PKR. Sekadar dengar2 citer boleh la. Bagi aku apa yang berlaku dalam PKR dia punya pasal la. Parti dia nak tergolek ke, nak hancur ke, nak tunggang langang ke apa ke lantak la korang di situ.

Apa yang berlaku dalam parti PKR adalah urusan ahli2 parti itu sendiri.

Tetapi jika apa yang berlaku dalam PKR mengheret rakyat ia dah menjadi urusan rakyat macam aku untuk menyibuk.

Kenapa?

1. Sepatutnya PKR selesaikan konflik dalaman mereka hanya dikalangan mereka tanpa membabitkan satusen pun duit rakyat.

2. Sapa contoh aku? Bukan BN. Nabi Muhammad. Islam. Apa2 benda kalau aku nak bandingkan pun, aku bandingkan dengan pejuang2 Islam di zaman Nabi, dengan apa yang Islam gariskan.

3. Apa yang PKR buat ini dah tentu2 salah. Terbukti. Konflik dalaman mereka, mereka boleh babitkan rakyat tak pasal2. Apa kena mengena aku, ko dan kita semua bilamana Azmin vs Khalid disini?

4. Alasan Dun Kajang tak perform. Dia letak jawatan. Sebenarnya bagus juga bila tak perform ko letak jawatan. Ko sedar diri juga bahawa ko tak berkemampuan untuk jadi wakil rakyat. Tapi kenapa ko bertanding ketika itu? 

5. Maka kat sini PKR yang meletakkan dia sebagai calon, perlu bagi penjelasan apa sebab meletakkan calon yang tak buat kerja dan meminggirkan Cikgu Lee yang menjadi kesayangan pengundi Kajang ketika itu.

6. Bagi aku itu adalah hak Azmin untuk merebut apa2 jawatan sekalipun. Presiden, MB dan sebagainya. Dia nak melobi dia punya pasal. Bagi aku itu juga adalah hak Khalid nak mempertahankan jawatan dia. Dia nak melobi dia punya pasal. Bagi aku jika Anwar nak taking side sekalipun, atau memilih untuk menghentikan perbalahan kedua2 team ini itu pun Anwar Ibrahim punya pasal. Tetapi dalam setiap tindakan yang diambil pastikan ia tak babitkan rakyat sama sekali.

PKR patut fikirkan cara yang mana mereka boleh selesaikan konflik dalaman tanpa membabitkan kepentingan rakyat disini.

Buat PRK lagi sekali bermaksud SPR perlu keluarkan wang untuk adakan pilihanraya kecil.

Bila SPR keluarkan wang, dia keluarkan wang pembayar cukai.

Rakyat tengah pening kepala fikir macam mana nak cekau duit nak makan, beli rumah, bayar hutang dan blablabla lagi. Yang kat Pahang dengan bantuan banjir tak sampai2 lagi. Bersepah2 orang miskin sana sini tak terbela. Rakyat teraniaya dari segenap sudut dan segi.

Sekarang rakyat terpaksa menelan keadaan bahawa wang pembayar cukai dibazirkan begitu sahaja untuk anjurkan PRK semata2 nak selesaikan konflik dalaman parti tertentu.

Kenapa tidak PKR sendiri keluarkan wang untuk adakan proses PRK di Kajang? Memandangkan PRK ini dijalankan pun semata2 nak selesaikan masalah peribadi PKR di Selangor?

Kenapa tidak SPR wujudkan undang2 baru? Sesiapa yang berhenti atau meninggal dan sebagainya di mana2 kawasan wakil rakyat automatik jawatan itu akan dimenangi oleh pihak no 2 undi tertinggi. Yang pertama jadi wakil rakyat. Then dia berhenti. Contohnya la kan. Then yang kedua tertinggi tue akan dipilih untuk mengantikan dia. Ini bukan saja menjimatkan wang, masa bahkan tak menyusahkan mana2 pihak.

Bayangkan. 

Pengundi2 Kajang terpaksa bercuti dan sebagainya untuk buang undi. 

Rakyat bukan ada rumah besar macam pimpinan. Bahkan rakyat yang takde rumah pun berlambak2.

Rakyat kena kerja pagi petang siang malam cari makan. Bukan ada driver peribadi pergi sana sini dan sebagainya.

Gaji rakyat tak besar macam gaji pimpinan. Tak pula bermaksud pimpinan boleh buat dan layan rakyat macam haprak. Hanya kerana rakyat tak berduit apa bagai, tak bermaksud hak rakyat tak perlu dihormati.

Lepas tue suka2 buat satu keputusan yang membabitkan rakyat secara tidak langsung.

Di manakah keadilan untuk rakyat? Rakyat tidak entitled untuk menangkan PR di mana2 negeri. Ia bukan kewajipan rakyat.

Kewajipan rakyat ialah memilih calon yang boleh buat kerja supaya calon ini nanti boleh berjuang mempertahankan hak2 rakyat. Supaya calon ini nanti boleh bersuara bagi pihak rakyat. Supaya calon ini nanti boleh membawakan aspirasi dan kehendak rakyat berkaitan penempatan yang mereka wakili.

Ini saja yang rakyat perlu peduli.

Sejak bila konflik dalaman parti menjadi perkara yang rakyat perlu amek tahu pula sedangkan berlambak2 lagi masalah dalam kepala hotak rakyat nak kena fikir. Dengan GST lagi. Nak naikkan harga minyak lagi. Jangan kerana PR menjadi jurucakap melawan kezaliman BN dalam beberapa perkara itu memberikan pass penuh kepada PR untuk memijak dan memperbodoh2kan rakyat pula.

Tindakan memijak dan menindas rakyat oleh mana2 pihak sekalipun ia tetap la bermaksud zalim. Rakyat tetapla di pihak yang teraniaya macam selalu. Rakyat tidak entitle untuk selesaikan konflik dalaman oleh mana2 parti sekalipun. Rakyat sendiri penuh dengan masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah anda tanpa babitkan hak dan kepentingan rakyat sama sekali.

Aku boikot la PRK Dun Kajang. Boikot kat sini tak bermaksud aku takan menulis mengenainya. Atau mengajak dorang mengundi BN. Plan awal memang nak ajak mereka semua agar undi BN. Memberikan satu pengajaran yang jelas kepada PKR dan PR itu sendiri bahawa jangan sama sekali memperbodohkan rakyat.

Tetapi boikot kat sini bermaksud aku mahu mengajak semua pengundi2 Dun Kajang lakukan protes terbuka, tolak apa yang PKR buat sekarang neh, dan jangan keluar mengundi. Biarlah orang2 BN aje keluar mengundi. BN menang lantakla dia disitu. Tambah lagi sorang pembangkang di Selangor pun bagus juga. Maka semakin tak berani la PR untuk bersikap angkuh dengan rakyat. Apa dia ingat dia menang besar di Selangor bermaksud rakyat memuja dan menuhankan mereka ke? 

No way. Allah tetap tuhan. 

Korang semua kategori manusia sama aje macam aku. Yang mengecewakan, DSAI tue pada aku dah boleh di anggap legend dah. Ramai kawan2 aku mengidolakan DSAI. Tetapi apsal dia boleh buat keputusan macam neh? Benarlah kata orang. Usia memainkan peranan penting dalam menentukan ketajaman akal fikiran. Lue fikirlah sendiri.

Oke bai.
JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI