Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

JPJ Kena Hentam KAW2 Sebab Cadang Nak Kawal No Plat Awam Pula..

Bayangkan.

Bila ko beli kereta or apa2 kenderaan, dan ko kena bayar harga asing2 untuk no plat, apa perasaan ko?

Atau,

Bila no plat ko rosak, ko kena ke JPJ untuk dapatkan yang baru tetapi dengan harga yang korang rasa ahhhh kalau aku makan KFC 2,3 kali pun lepas neh..?

Idea ataupun cadangan yang JPJ kemukakan lebih kurang begitula bunyinya walaupun aku sendiri tak jelas apa maksud bila JPJ sebut ;

Adakah anda bersetuju JPJ sahaja yang mengeluarkan no.plate kenderaan. Tiada lagi perolehan di kedai-kedai biasa bagi mengawal speksifikasi yang seragam no.plate kenderaan di Malaysia.

Jika setuju like.
Jika tidak setuju comments.

Nak tahu berapa ramai yang LIKE? Nak tahu berapa ramai yang comment?

Lihat ;



Yang like lebih kurang 5,355 ketika ini.

Yang komen cuma lebih kurang 1,332 ketika ini.

Ini bermaksud JPJ anggap yang like = bersetuju dengan cadangan tersebut. Dan 5,355 tue orang2 yang boleh diklasifikasikan agak bangang la juga sebab bersetuju dengan saranan tersebut. Pada aku, tidak la aku nak memandang negatif sangat pada idea JPJ neh. 

Tapi aku memikirkan ;

1. Apakah JPJ akan mengenakan harga yang berbaloi bagi no plat?

2. Bagaimana pula kalau2 mereka dok letak harga mahal2?

3. Silap2 haribulan depa main denda2 orang pula, macam mana?

4. Yang lebih teruk, kalau2 mereka letakkan undang2 yang mengarut, contohnya no plat mesti diperbuat dari bahan2 neh, hanya boleh seperti2 ini dan harga nya memang mahal sebab ia berkualiti tinggi dan kenapa ia perlu berkualiti tinggi adalah disebabkan nak bagi no plat tahan lama, tak mudah rosak, tahan panas dan blablabla lagi?

Siapa tahu betul tak? Kita neh sedang bercakap pasal JPJ. JPJ neh bukan nya favor kepada rakyat pun. Dorang favor kepada BN. Lainla kalau dorang bagi cadangan sapa2 yang no platnya rosak boleh dapatkan no plat baru di kaunter JPJ serta merta, kurang dari sejam boleh siap dan harga nya pula sangat2 berbaloi mengalahkan harga kat kedai2 biasa..

Jangan2 nak buat no plat mao kena ulang alik 2,3 hari. Lambat siap la. Apa la. itu la ini la.. jangan2 bila nak buat no plat dorang cross check dengan saman tertunggak la dan sebagainya.. ini semua kerja2 gila.. tak boleh dan tak patut rakyat macam kita perlu bersetuju dengan mereka. Walaupun ini sekadar peringkat cadangan semata2, wajar kita bantah habis-habisan. Jangan bagi JPJ perasan dan syok sendiri idea mereka diterima ramai.. aku rasa JPJ memang tengah syok sendiri neh..

Lihat komen seterusnya dari JPJ ;

Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan berkaitan Speksifikasi No.Plate Kenderaan.

Pihak Pengurusan JPJ menilai topik ini bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

98 share
1,332 comments
5,114 like

127,232 people saw this post

Nampak tak disitu? Dorang siap buat kira2 lagi. Hantu betul yang LIKE tue. Jenis tak faham soalan ataupun main LIKE aje ataupun memang suka hanya JPJ aje diberikan kebenaran untuk keluarkan no plat?

Sebenarnya, ada juga kebaikan disini.. contohnya, ko boleh kawal pengeluaran no plat palsu. Tapi orang zaman sekarang cerdik pandai la weh. Ko ingat dorang tak reti nak dapatkan bahan2 nak buat no plat palsu hanya semata2 JPJ dah hadkan hanya mereka aje yang boleh keluarkan no plat? Zaman sekarang neh apa je penjenayah tak boleh buat.. Setakat no plat palsu petik aje beb.. daripada JPJ fikirkan bagaimana nak menambahkan wang masuk ke dalam JPJ baik JPJ fikirkan bila dan bagaimana mereka mampu tambahbaik kecekapan mereka bila berhadapan dengan aduan orang ramai. Contohnya, bila dan bagaimana pihak JPJ patut menguruskan permasalahan lori2 yang tak memenuhi piawaian keselamatan tertentu tetapi masih bertebaran atas jalanraya sekaligus memberikan ancaman kepada pemandu2 lain.. rasanya masalah ini dah makan tahun. Minta tolong JPJ dan kementerian pengangkutan focus bab tue.. tolong la ek..

Terima kasih.. 

BTW, ini antara komen2 yang melaukkan JPJ. Bagus, memang bijak sungguh komen2 anda. Saya sukaaaaa

KAH KAH KAH







Mahu Cuba Dapatkan IPHONE 6 DGN HARGA 418?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...