:::: MENU ::::
BLOG SEDANG DIKEMASKINI..

Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.
@ WhatsApp 013-3689280

Sunday, 24 January 2016



Posting yang menyebabkan media sosial menyindir dia ;


Kemudiannya ;



Seterusnya macam biasa, pengguna media sosial mula sindir menyindir Ahmad Maslan sebab terkantoi guna gambar google.

Aku tengok. Memang sama. Sebijik.

Pinggan pun sama. Alas bawah pinggan pun sama. Sisa2 kelapa yang bertaburan tepi-tepi pinggan pun sama. Aiyoo Ahmad Maslan kau biar la betul sikit.

Ini pendapat aku la. Mungkin maksud Ahmad Maslan = MACAM DALAM GAMBAR nak bagitau bahawa GAMBAR TERSEBUT SEBAGAI CONTOH.

Tapi beb, orang mungkin pertikai bab dia CROP gambar tue. Buang caption apa semua. So, faham-faham la sangkaan orang ramai macam mana kan. 

Kalau tujuannya nak bagi contoh, jangan la crop sampai macam tu sekali. Tulis la sekali remark. Gambar contoh. Aku rasa orang salah sangka pasal gambar tu kau crop pun iya juga. Isu kecil sebenarnya. Tapi kan, apa yang mereka cuba nak sampaikan ialah, kalau benda2 begini pun kau seolah2 melakukan penipuan, apetah lagi benda yang besar2. Itu yang dipertikaikan Ahmad Maslan woi.

Aku faham niat Ahmad Maslan. Nak gambarkan betapa dia low profile. Makan pun sama macam orang-orang kampung makan. Tak cukup low profile lagi ke aku sebagai menteri sampai rakyat nak mengeji tanpa henti?

Mungkin itu la kot yang dia cuba gambarkan.

Tapi Ahmad Maslan neh pun satu silapnya.

Orang bukan marah sebab kau makan pulut ikan kering ke atau tak.
Orang marah sebab kau suka bercakap tanpa fikirkan sentimen rakyat.
Abaikan kepentingan rakyat dalam menyokong satu2 polisi.
Senang cakap, kau terlalu berpihak dan gagal memahami kenapa rakyat menentang kau dalam isu2 tertentu. Bagi contoh macam isu GST. Sebelum GST kau juga sebut harga barang akan turun. Siap ulang-ulang lagi. Ada rakaman video kot. 

Sebelum. Cakap kemain berapi.


Sedangkan hakikatnya.


Dan kenyataan Ahmad Maslan yang melepaskan diri.


Sumber.

Ewah, ewah, ewah. Dia yang berapi2 cakap kat tv, kat radio, kat media. HARGA BARANG AKAN TURUN SELEPAS GST. SAYA ULANG SEKALI LAGI. HARGA BARANG AKAN TURUN SELEPAS GST. Bila dah tak turun, lain pula alasannya ye?

Ini antara punca kenapa orang meluat dan marah pada kau Ahmad Maslan. Kau cakap tak serupa bikin. Sembang je kencang sampai berapi2 keluar dari mulut tapi sepatah haram betul. 

Bila orang dah meluat, kau buat apa je orang akan start cari salah. Aku pun sebenarnya takde masa la nak p check google gambar2 yang menteri upload. Seriyus. Tapi sampai tahap macam neh orang buat kat kau Ahmad Maslan. Itu maksudnya apa? Itu maksudnya, apa2 yang kau sampaikan kepada rakyat, rakyat akan assume kau sedang menipu mereka. Jadi untuk memastikan sangkaan mereka, mereka buat semakan. Jika terbukti, mereka dedah dan sebar. Jika tak terbukti, mereka diam-diam dan sangkaan itu akan berlalu begitu sahaja sehingga kau buat benda baru.

Takut kot jadi kau Ahmad Maslan. Duit banyak, jawatan tinggi, keluar masuk media tapi rakyat kecam tanpa henti. Memang di luar nampak macam happy tapi benda yang sama ke terbit dalam ahti? Kau lebih mengetahui. Diri kau kot Ahmad Maslan.. hihi.

Kbai.
Reactions:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...